Top 15 Jenama Lokal Malaysia Paling Popular 2026

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai pelbagai jenama lokal yang menjadi tumpuan dan pilihan utama pengguna, terutamanya dalam kalangan  rakyat tempatan. Saban tahun, permintaan terhadap produk tempatan Malaysia meningkat kerana rakyat semakin menyanjungi nilai budaya di samping menunjukkan sokongan yang jitu terhadap perniagaan tempatan. Oleh hal yang demikian, artikel ini akan menyenaraikan antara jenama lokal Malaysia yang paling popular dan berpengaruh pada tahun 2026. 

  1. Shopee 

Shopee Malaysia 

Shopee berada di kedudukan teratas dalam ranking jenama Malaysia berdasarkan skor kesihatan jenama (brand health score) menurut kajian terkini. Jenama ini mendapat skor yang tinggi atas faktor pembeli yang sering menggunakan platform ini sebagai wadah untuk pembelian atas talian untuk pelbagai barangan keperluan seperti barangan elektronik, pakaian serta apa-apa barangan harian. 

Platform ini bukan sahaja meberi kemudahan kepada pengguna malah, ianya juga banyak membekalkan kupon pembelian atau promosi yang memberikan harga yang lebih murah berbanding pasaran fizikal. Oleh itu, platform Shopee kini sudah menjadi platform utama rakyat Malaysia membuat pembelian secara online. 

  1. Farm Fresh 

  Farm Fresh Malaysia 

Seterusnya, jenama Farm Fresh yang merupakan antara jenama lokal Malaysia yang turut mendapat tempat di hati pelanggan dalam kategori produk makanan segar dan tenusu. Produk ini menekankan kualiti dan kesegaran bahan tempatan, yang mana ianya sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kesegaran. 

Berdasarkan data terkini, Farm Fresh terus mendapat sambutan yang hebat dalam kategori makanan kerana kualitinya yang konsisten dan kandungan nutrisi yang sering menjadi kesukaan ramai. Populariti jenama ini juga turut meningkat apabila rakyat luar negara mula mengenalinya sebagai contoh produk tempatan Malaysia yang berkualiti tinggi. 

  1. Watsons 

Watson Malaysia

Watsons kekal sebagai salah satu jenama penting dalam sektor penjagaan diri dan kecantikan dalam pasaran Malaysia. Ia mendapat skor tertinggi dalam beberapa kategori penting seperti kesetiaan pelanggan dan pengalaman pembelian yang baik. Ramai pengguna memilih Watsons kerana premis jenama ini sangat mudah ditemui di banyak lokasi dan stok produk yang luas termasuk produk tempatan Malaysia dan juga pilihan produk antarabangsa. Di samping itu, statistik turut menunjukkan jenama ini mendapat sambutan luas kerana kepercayaan dan hubungan yang kuat antara jenama dengan pengguna sepanjang masa. 

  1. OldTown White Coffee 

OldTown White Coffee

Selain itu, jenama OldTown White Coffee juga termasuk dalam produk tempatan Malaysia yang berjaya menempa nama ke negara-negara jiran di Asia. Bermula ditubuhkan di Ipoh, jenama ini kini mempunyai ratusan cawangan di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara. Perkembangan ini menunjukkan bahawa jenama ini diakui melalui penerimaan yang luas terhadap rasa kopi dan menu yang disediakan.

Tambahan itu, kesederhanaan menu dan identiti Malaysia menajdi salah satu faktor yang membantu OldTown mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Justeru, kejayaan jenama ini telah menunjukkan bahawa jenama lokal Malaysia masih kekal relevan dalam pasaran global dengan asas budaya tempatan.

  1. Secret Recipe

Secrect Recipe 

Secret Recipe adalah antara jenama Malaysia yang popular dalam kategori kafe dan pencuci mulut. Menu mereka biasanya terdiri daripada kek, makanan barat dan pencuci mulut yang sering menjadi pilihan rakyat tempatan terutamanya bagi mereka yang ingin menyambut apa-apa sambutan seperti hari lahir dan sebagainya . Pada  permulaannya jenama ini hanya dikenali dalam lingkup yang kecil sahaja namun kini, ia telah berkembang pesat hingga mempunyai banyak cawangan di Asia. 

  1. Big Apple 

Big Apple 


Big Apple Donuts Coffee ialah satu produk tempatan Malaysia yang amat dikenali dalam sektor makanan ringan dan minuman. Donat mereka menjadi pilihan ramai kerana variasi rasa yang menarik dan kualiti yang konsisten di setiap cawangan. Oleh hal yang demikian, ramai pelanggan memilih Big Apple kerana menunya yang terdiri daripada pelbagai jenis kombinasi makanan ringan dan minuman yang sesuai untuk dijadikan santapan pada apa-apa pertemuan sosial atau santai. Populariti jenama ini juga memberikan gambaran bahawa jenama lokal Malaysia amat berkualiti dan mampu bersaing pada peringkat yang lebih tinggi dengan nilainya yang tersendiri. 

  1. Marrybrown

Marrybrown Malaysia 

Seterusnya, juga daripada kategori makanan, Marrybrown merupakan antara  jenama Malaysia yang terkemuka dan turut dikenali di luar negara. Bermula dari negeri Johor, jenama ini banyak menarik perhatian pelanggan kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mesra pelanggan khususnya rakyat tempatan di negara kita.

Kini, tarikan terhadap Marrybrown bukan hanya di Malaysia tetapi juga negara lain. Hal ini,  menunjukkan produk tempatan Malaysia mempunyat daya saing tinggi khususnya dalam industri F&B. Tambahan itu, penggunaan identiti budaya tempatan dalam menu Marrybrown juga membantu dalam mempromosikan jenama ini di pasaran Malaysia dan luar negara . 

  1. Beryl’s Chocolate

Beryl’s Chocolate 

Beryl’s Chocolate ialah produk tempatan Malaysia yang terkenal dalam industri manisan. Coklat keluaran jenama ini menarik minat pelancong dan pembeli tempatan kerana variasi produknya yang luas dengan rasa unik yang tersendiri daripda pelbagi jenis kategori coklat seperti coklat gelap, susu dan putih. 

Sehubungan dengan itu, Kualiti produk ini sering nenjadi asbab untuk sentiasa dipilih pelanggan sebagai hadiah atau pembelian pribadi kerana mereka mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap Beryl’s Chocolate. Penerimaan jenama ini turut melangkaui sempadan kerana Beryl’s kini dieksport ke lebih daripada 15 negara, menjadikannya contoh produk tempatan Malaysia yang berjaya di pasaran global.

  1. Zus Coffee 

Zus Cofee

Zus Coffee ialah jenama lokal Malaysia yang menonjol dalam industri kopi moden. Peningkatan jumlah cawangan menunjukkan bahawa perniagaan ini telah mendapat sambuntan yang hangat terhadap pilihan kopi dan minuman lain yang ditawarkan. Kini, jenama Zus Cofee telah beroperasi lebih daripada 1000 cawangan di Malaysia dan juga di negara-negara jiran. Ini telah menunjukkan bahawa jenama lokal ini sudah pun dikenali ramai sehingga ke luar negara. 

  1. Pestle Mortar Clothing 

Pestle Mortar 

Pestle Mortar Clothing ialah satu jenama fesyen tempatan yang mendapat sambutan tinggi terutamanya dalam kalangan generasi muda. Reka bentuk pakaian mereka banyak mencerminkan gaya yang disukai ramai kerana ia bukan sahaja tampak moden malah turut sesuai untuk aktiviti harian. Trend fesyen seperti ini menunjukkan bahawa pelanggan Malaysia amat menghargai nilai tinggi terhadap jenama yang mewakili gaya tempatan melalui rekaan yang relevan dengan keperluan semasa. Oleh hal yang demikian, jenama Pestle Mortar ini terus mendapat tempat dalam pasaran fesyen tempatan. 

  1. Whimsigirl 

Whimsigirl 

Whimsiglrl juga merupakan antara jenama fesyen tempatan yang tururt dikenali serta mendapat perhatian pembeli. Produk ini memberi fokus terhadap gaya yang sesuai dengan aktiviti harian. Justeru, pengguna bukan sahaja berpeluang untuk meningkatkan gaya harian semasa malah, dapat menggunakan produk ini bagi tujuan aktiviti harian yang praktikal. Populariti jenama ini menunjukkan bagaimana produk tempatan Malaysia boleh berkembang apabila ianya selaras dengan apa yang pengguna fokuskaan. Dengan ini, Pengguna akan lebih menghargai keseimbangan antara fungsi dan gaya dalam setiap rekaan yang ditawarkan. 

  1. Elianto

Elianto

Elianto ialah jenama tempatan Malaysia yang terkenal dengan produk kosmetik dan kecantikan. Barisan produk-produk daripada Elianto yang sentiasa mematuhi trend terkini telah menjadi asbab buat produk ini terus mendapat tempat dalam menjadi pilihan ramai. Majoriti pengguna memilih jenama ini kerana kualitinya yang mantap serta mempunyai pelbagai variasi produk yang memberi ruang pilihan yang luas terhadap pengguna mengikut kehendak masing-masing. Oleh itu, sebagai sebuah jenama lokal Malaysia, Elianto juga membuktikan bahawa produk tempatan mampu menempah nama dengan populariti yang baik dalam industri kosmetik yang kompetitif. 

  1. Silkygirl

 Silkygirl


Silkygirl juga tergolong dalam salah satu jenama kecantikan Malaysia yang terkenal dalam kalangan golongan remaja dan dewasa. Produk kecantikan dan penjagaan diri yang ditawarkan sering menjadi pilihan kerana ia memberi hasil yang memuaskan tanpa kompromi pada kualiti. Kepercayaan pembeli terhadap jenama ini telah membuka peluang kemajuan yang besar untuk mereka terus berkembang dalam persaingan dengan jenama besar yang lain dalam pasaran kecantikan. Fokus pada keperluan pengguna tempatan membantu jenama ini terus mendapat sambutan  dalam kalangan pelanggan khususnya di Malaysia . 

  1. SimplySiti 

 SimplySiti

SimplySiti ialah satu jenama kecantikan yang diasaskan oleh tokoh terkenal Malaysia, Dato Siti Nurhaliza.  Produk daripada jenama ini sesuai untuk pelbagai jenis kulit dan senario penggunaan pelanggan harian. Statistik menunjukkan jenama ini terus adalah antara jenama kecantikan yang sering menjadi pilihan pengguna tempatan kerana kualiti dani nilai pengalaman yang baik pada setiap pembelian. Jenama Malaysia seperti ini membuktikan bahawa penglibatan pelanggan dan penerimaan pasaran tempatan mempengaruhi keputusan pembelian. 

  1. Earth Heir

  Earth Heir

Earth Heir ialah jenama lokal Malaysia yang memberi tumpuan kepada fesyen yang bertanggungjawab secara sosial terhadap alam sekitar. Produk mereka dihasilkan melalui kerjasama dengan artisan tempatan yang memberi nilai kepada setiap reka bentuk. Pembeli kini lebih cenderung memilih jenama yang selari dengan nilai peribadi mereka seperti rasa keterikatan dengan budaya tempatan. Usaha Earth Heir dalam mempromosikan amalan pembuatan yang beretika ini membuktikan bahawa produk tempatan Malaysia mampu mempengaruhi pilihan pembeli mode dengan membudayakan budaya tempatan yang beharga.


Kenapa Jenama Lokal Malaysia Kian Diminati 


Permintaan terhadap jenama Malaysia kini kian meningkat kerana kebanyakkan pembeli lebih memberi keutamaan kepada produk yang dekat dengan budaya mereka disamping memberi pengalaman pembelian yang baik. Banyak jenama tempatan turut memperluaskan capaian melalui pemasaran platform digital dan media sosial untuk mencapai pembeli yang lebih meluas. Inisiatif seperti Malaysia Brand Day 2026 membantu menilai kekuatan dan nilai jenama tempatan, sekali gus membuka ruang untuk berkembang ke pasaran antarabangsa. Pada masa yang sama, data terkini menunjukkan pengguna semakin peka terhadap jenama yang mereka gunakan setiap hari. Mereka juga lebih menitikberatkan pengalaman pembelian yang konsisten serta reputasi jenama tersebut dalam jangka panjang.